Terkini

Tentang Kami

Sejarah Cokotak.

Sebagai mana anda tertanya-tanya mengenai cokotak begitu juga kami. Ianya datang secara tiba-tiba dan lahir secara tiba-tiba pada 29 Oktober 2016. Kami tiada perancangan khusus untuk cokotak. Mengenai panggilannya pun kami masih belum pasti. Adakah 'Co Kotak' atau 'Cok Otak' atau 'Coko Tak'. Sebutlah apa yang anda mahu sebut. Kami rasakan ianya cukup menarik dan mudah untuk diingati. Disebabkan itu juga kami memilih untuk menjadikannya sebagai blog yang mempunyai banyak personaliti.


Apa yang anda boleh dapat daripada kami?

Blog COKOTAK akan memberi inspirasi kepada anda untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai peribadi pelik dan unik setiap manusia dari pelusuk dunia. Semuanya akan diterjemahkan kepada artikel bergambar supaya anda nampak dengan lebih jelas apa yang kami cuba sampaikan. 

Tiada benda yang cukup pelik di dunia ini berbanding manusia itu sendiri. Ada yang kelihatan bijak tapi menampakkan ketidak bijakkan dan ada yang nampak tidak bijak tapi bila berkata-kata dia boleh buat kita boleh tertunduk malu disebabkan ilmu kita yang terlalu cetek.

Kami akan cuba sajikan anda dengan maklumat yang menarik dan info berguna. Kami akan pastikan setiap artikel akan disajikan dengan maklumat yang tepat. Walaubagaimanapun, kami juga manusia biasa, ada kalanya maklumat yang dikongsikan sedikit ke laut dan sebab itulah kami perlukan anda sebagai pembaca. Untuk membantu kami memberikan maklumat yang lebih tepat. 

Dengan cara ini kami akan dapat memperbaiki kesilapan kami dari segi penyampaian maklumat. Jika maklumat yang dipaparkan terlalu jauh daripada fakta sebenar, kami tidak akan teragak-agak untuk menyunting atau membuang terus artikel tersebut demi kebaikkan semua.


Siapa di sebalik Cokotak?

Blog ini terdiri daripada beberapa orang admin dimana setiap daripada mereka mempunyai personaliti dan gaya penulisan yang tersendiri. Cukuplah sekadar dikenali sebagai abang-abang hensem, kakak-kakak cantik dan adik-adik comel.


Dimana lagi puak Cokotak berada?

Buat masa sekarang kami cuma berkumpul di blog cokotak.com dan juga di Facebook. Untuk kemaskini terpantas, anda boleh ikuti kami di Facebook - www.facebook.com/cokotak . Jika diberi lebih banyak kesempatan, kami akan cuba untuk keluar mencari lokasi yang baru untuk berkumpul.


Bagaimana cara untuk menghubungi cokotak?

Anda boleh hubungi kami melalui borang di page Hubungi dan juga melalui facebook page kami di www.facebook.com/cokotak 



"Jangan peduli apa yang orang kata sebab, korang memang osem!" - Cokotak