Terkini

Trik Beli Tiket Flight Murah!



Tidak ada sesiapapun yang suka-suka mahu membeli tiket kapal terbang pada harga yang mahal kecuali dalam keadaan yang terdesak. Tidak kira atas urusan melancong mahupun peribadi, masing-masih mahu berjimat sebanyak yang mungkin. Bagi anda yang sering kali menggunakan kapal terbang dan mahu mendapatkan kos tiket yang murah, anda patut baca artikel ini sampai habis.

Artikel ini ditulis oleh seorang backpakers dan anda boleh gunakan trik yang beliau tunjukkan.




Antara beberapa cara yang selalu backpacker travellers lakukan ialah:

1. Book Awal!!
Anda perlu booked fly tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh berangkat. Tiket akan jadi murah jika anda membuat tempahan awal dan akan menjadi lebih mahal sekiranya anda ingin berangkat dalam masa beberapa hari daripada sekarang.

Kebanyakkan syarikat penerbangan sudah set di dalam sistem mereka untuk mendapatkan seberapa banyak jualan dan dalam sistem tersebut biasanya sudah dihadkan kepada kuota tertentu yang membolehkan anda untuk mendapatkan tiket pada harga yang sangat murah.

Sebagai contoh, penerbangan dari Kuala Lumpur ke London memberikan harga termurah kepada 20 orang pertama. Selepas kuota tersebut dipenuhi harga akan naik secara berperingkat. 20 orang pertama mendapat harga sangat murah, 200 orang seterusnya akan dapat harga sederhana, dan seterusnya akan dapat harga yang mahal.

Selalulah untuk menyemak laman web penerbangan. Jangan membuat tempahan terlalu awal kerana mungkin anda boleh terlepas sales offer daripada syarikat penerbangan dan jangan pula terlalu lambat sehingga harga menjadi sangat mahal.


2. Beli pada hari Selasa & Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari yang terbaik untuk anda membeli tiket kapal terbang. Kebanyakkan syarikat penerbangan akan set system reservation mereka pada hari Selasa 7pm GMT. Ini kerana mereka tahu, kebanyakkan penumpang hanya akan ada masa untuk membuat tempahan pada hari minggu. Statistik ini terbukti kerana kebanyakkan daripada penumpang akan membuat carian harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jadi, kebanyakkan syarikat penerbangan akan update sistem mereka pada hari yang paling kurang aktiviti tempahan iaitu hari Selasa dan Rabu.


3. Fly Day!
Cuba anda semak harga tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakkan dari syarikat penerbangan akan set dua hari ini sebagai 'less busy day'. Sistem kurang sibuk dan lapangan terbang selalunya kurang sibuk pada dua hari ini. Cuba perhatikan.

Jumaat dan Ahad adalah hari yang paling sibuk di lapangan terbang ataupun di dalam sistem tempahan tiket. Kebanyakkan traveller akan mengatakan  dua hari ini adalah hari yang paling mahal untuk terbang, kecuali anda sudah mendapat tiket murah semasa jualan diskaun.


4. International Flight
Kebanyakkan syarikat penerbangan akan meletakkan Best Deal 11-12 minggu awal untuk penerbangan antarabangsa. Anda perlu rajin membuat semakan dalam tempoh ini.

Satu lagi cara untuk mendapatkan tiket jimat adalah dengan transit penerbangan. Kebiasaanya harga murah tetapi masa menunggu terlalu lama. Buat tempahan tiket ke lapangan terbang kecil berhampiran dengan kawasan yang anda ingin lawati. Setelah sampai di lapangan terbang pertama anda boleh menggunakan kemudahan awam yang lain untuk pergi ke destinasi yang dituju.


5. Buang Cookies!
Ini tips yang ramai tidak tahu. Sila buang Internet Browser Cookies di komputer/laptop/handphone anda sekiranya anda sudahpun melawat tempahan penerbangan delam masa 30 hari sebelumnya. Ini kerana, sistem tempahan syarikat penerbangan sudah menjejaki anda masuk ke laman tersebut berulang kali dan mengandaikan anda memang betul-betul berminat untuk mendaptkan tiket pada hari tersebut. Sistem akan tetap set harga yang sama walaupun sudah banyak kali anda semak. Harga akan kekal sama ataupun ianya akan semakin naik.


6. Bandingkan Harga
Untuk mendaptkan harga yang murah, anda perlu sentiasa rajin untuk membuat carian tiket di website yang berlainan. Jangan tertumpu pada satu website sahaja. Harga untuk setiap website adalah berbeza walupun menaiki kapal terbang yang sama.

Mungkin anda boleh gunakan travel search engine seperti yang disenaraikan dibawah :

1. SkyScanner http://www.skyscanner.com.my
2. CheapFlight - http://www.cheapflights.com.my
3. Momondo - http://www.momondo.com
5. Google Flight - https://www.google.com.my/flights/
6. ItaSoftware - http://matrix.itasoftware.com

Dah jumpa yang lagi murah jangan lupa bagi komen untuk kami update artikel ini.

1 ulasan: