Terkini

Kucing lumpuh selepas cuba dibunuh mengheret diri sendiri ke tempat terakhir anaknya ditinggalkan.

Di Australia seekor ibu kucing ini menderita kerana diserang dengan kejam oleh seorang lelaki. Kucing ini secara tidak sengaja merayau ke kawasan lelaki tersebut dan menerima nasib yang menyedihkan dimana lelaki ini bertindak menarik ekor dan melemparkanya ke arah treler. 

Kucing itu dianggap sudah mati dan anak-anak kucing tersebut dibawa oleh kumpulan penyelamat haiwan untuk jagaan. Walau bagimanapun, keesokkan harinya perkara paling sukar dipercayai berlaku. Kucing tersebut datang sekali lagi dalam keadaan mengheret dirinya ke tempat terakhir anaknya ditinggalkan. Kucing tersebut hanya menggunakan dua kaki depan untuk berjalan kerana dua kaki belakangnya sudah lumpuh.

Pihak penyelamat haiwan tempatan mengmbil ibu kucing tersebut segera bertemu dengan anaknya. Kini kucing tersebut yang diberi nama Princess, disahkan lumpuh seumur hidup. Pemilik pusat jagaan haiwan Sawyers Gully Animal Rescue, Dee Walton yang akan menjaga kucing tersebut kerana selepas insiden tersebut dia tidak dapat menjaga dirinya sendiri. Malahan tidak dapat membuang air kecil dan air besar sendiri.

orang yang bertanggungjawab atas perkara ini telah ditangkap dan terdapat rancangan untuk mendapatkan Princess kerusi roda sendiri. Buat masa sekarang, kucing ini berada dalam jagaan yang selesa untuk menyusukan bayinya.

Princess mengajar kita untuk terus berjuang walau apapun yang terjadi. Anak-anaknya memberi kekuatan kepada Princess untuk terus hidup.


Seorang wanita berkata, dia memberi makan kepada kucing sesat bersama dengan anak-anak di kawasan beliau, tetapi jirannya telah membunuh kucing itu

'Saya dimaklumkan bahawa jiran tersebut memegang kuncing tersebut di ekor dan melemparkanya ke arah treler'

Keesokkan harinya keajaiban berlaku. Ibu kucing mengheret dirinya mencari anak yang ditinggalkan.

Malangnya tidak bertemu kerana anak kucing tersebut sudah diselamatkan oleh penyelamat haiwan.

Penyelamat haiwan mengambil semula ibu kucing tersebut dan satukan dengan anaknya.

Princess mengajar kita untuk terus berjuang dan tidak berputus asa.
Percaya anak kucing tersebut meberi kekuatan kepada ibunya untuk terus hidup.




Tiada ulasan